Pengikut

Rabu, 12 Oktober 2016

Anak

Assalamualaikum😀

Tiap hari rasa nk update blog, tp bila rajin tu dh ada masa pulak yg xcukup, internet buat hal, kerja tetiba menimbun, lupa tp yg selalu tu sebab malas la😝 jadilah bertahun tahun tak update.. gitu la kisahnya kenapa blog aku dh capai tahap nk dipacak batu nisan😜

Sebenarnya aku segan nak buka cerita sebab tak semua boleh faham keadaan aku ni termasuklah bff sendiri pun😔 tapi aku suka sesuatu untuk aku kenang & blog la tempat paling ok.. takkan nk karang kt insta pulak, insta tu tempat untuk showoff kebahagiaan duniawi ja okay👉👈

Aku pregnant kali ketiga antara 20 ogos 2016 - 25 sept 2016. Awal2 memang aku tak syak apa pun sebab aku ambil pil Postinor yang kita tau pil yg sgt tinggi kandungan hormon yg mmg mustahil aku boleh pregnant.. Raya haji tanda-tanda alahan tu dh mula tp aku tak syak lagi sebab aku fikir aku letih & tak cukup rehat, maklumlah kan nak raya.. 3 hari tu aku dh buat preparation kemas rumah, sediakan biskut, balut ketupat, bakar 4 biji kek, prepare laksa penang, masak nasik tomato layan anak-anak.. zaraa pulak bukan main merapnya.. memang nk berdukung saja.. bayangkan dalam 3 hari tu aku berdiri dari pagi bawak ke malam prepare macam2 sambil dukung zaraa yg beratnya 9kg. Aku dh rasa something kt rahim, sakit ngilu mcm peranakan nak jatuh.. dalam otak masa tu dh berkira-kira habis raya nak mengurutlah. Tapi habis raya aku demam.. pun masa ni aku tak syak apa lagi sebab satu family pun demam kan.. mungkin berjangkit walaupun demam kali ni mmg pelik.. lembik.. melepek.. satu apa pun tak boleh masuk perut.. selera nak makan terus mati.. asyik nk tidur.. sakit kepala yang sangat2 sakit.. ngilu gigi.. pening nk pitam yg kemuncaknya aku muntah2 tiap malam. Ok masa ni aku tak sedap hati, balik kerja terus beli pregnancy test dendiam & tunggu esok pagi baru check sbb the best result adalah waktu pagi masa bangun tidur dan hasilnya...


Aku terdiam, menggeletar, waktu tu tak ada perasaan happy & huru hara pun bermula dengan Abg misai.. bila ingat lagi amokan pagi tu *setiap hari actually* aku rasa macam nk sepak kepala sendiri.. bodohnya aku ni😢 aku stress yg terlampau.. ya lah, both ank aku czer, previous czer baru setaun lebih pulak tu.. zaraa kecik lagi.. aku pulak kerja.. kakak kyrin tahun depan nak sekolah yg aku ni pulak sebokkkk nk beranak kan🔫 dengan tempat kerja aku yg jauh, sampai rumah pun dh malam, time ngan ank2 pun xada apatah lagi masa nk check homework kakak kyrin.. mmg tak ada! Cuti pulak cuma sehari, aku tak ready nak ada baby lagi, badan aku letih, aku tak ada time untuk diri sendiri, aku tak tahan alahan, upah mengasuh pulak kena naikkan lagi 400 untuk baby, plus abg misai pernah cakap dulu kalau tambah anak lg aku kena berhenti kerja jaga ank2, kereta yg aku beli dgn titik peluh aku tu dia suruh jual sbb dia nampak ansuran kereta tu bebankan aku kalau tak kerja semua benda ni berkecamok dalam otak aku.. Aku salah sorang yg blacklist PTPTN & dah tak layak untuk apply walau RM1000 pun personal loan dgn mana- mana bank di Malaysia negara tumpah darahku ni.. jadi paham kan kenapa aku sayangkan kereta yg aku beli hasil titik peluh aku selama 6 tahun kerja di Hasani sebelum kerajaan bongok sekatkan semua peminjam dari sebarang loan.

Satu benda yg buat hati aku terlalu sedih semua bff yg aku kenal lama dulu tinggalkan aku hadap sorang2 stress aku ni.. alasan aku ni tolak rezeki Allah & tak bersyukur.. yg lain sibuk nak tanya klinik mana yg boleh cuci? Doc apa? Berapa ratus? Doc mau kah cuci ni? *sila baca soalan yg sama selama 2 hari berturut2* sorang pun tak ada yg bg moral support..yang cuba letakkan diri dalam situasi aku.. semuanya cuma nak ambil tahu untuk kegunaan dikemudian hari.. aku rasa mcm tu la jadi aku ambik keputusan ignore semua sebelum aku hilang waras & aku redah..




Aku bincang dgn kakak kat ofis, aku terus terang yg aku pregnant tp aku tak boleh jadi dia cadangkan kt aku 2 klinik untuk cuci.. sebenarnya tak mudah jugak.. klinik tutup, doc tak ada sampai kena tunggu 3 hari, 3 klinik lain xsetuju untuk cuci tp tetap cas aku.. jadah sangat perangai kan.. boleh saja bagitau tak boleh cuci tp mintak kita scan bincang2 & berakhir dgn bil😬 kita tengah serabut dia tambah lagi pulak dgn masaalah duit.. aku cuba cara kampung, kakak aku cadangkan mengurut kt bidan tp bila melawan Kuasa Allah apa daya kita manusia biasa ni.. rahim aku bengkak & sakit sampai tak boleh sentuh tp tetap xjatuh.. bidan kata jenis degil.. ni memang ikut arwah mak aku.. bila dah lekat buat lah apa pun, makan lah yang tajam- tajam pun tetap dia takkan jatuh. Betapa jahilnya aku ni ikut nafsu hati.. aku doa mintak Allah buanglah dia dari rahim aku😭 sebab aku tak mampu.. alahan kali ni memang teruk.. Allah, berdosanya aku😭😭😭 esoknya tah klinik ke berapa.. Doc setuju untuk cuci, prosesnya lama.. tapi fully bius.. bayarannya RM550..waktu ni air mata aku menitik jugak.. jauh dalam hati aku, aku nak dia ada dalam dunia ni dgn aku macam dua kakak dia yg aku besarkan dgn penuh kasih sayang.. tapi dia hadir dalam rahim aku dalam masa yang aku xbersedia.. aku dah tak kuat nak lawan alahan.. abang misai pula bukan muda lagi.. macam mana nanti nasibmu wahai anak? Mak kejam & mak minta maaf😭 Anak.. mak ragut kesempatan untukmu bersama mak didunia ni.. mak berdosa dgn Allah & kamu.. mak sedaya upaya perbaiki diri mak moga disana nanti Allah beri kesempatan untuk mak memeluk kamu.. hati mak tiap hari kenangkan kamu.. anak ketiga yg dibunuh mak sendiri.. Maafkan mak.. maafkan mak😭😭😭😭







nurabubakar.blogspot.com