Pengikut

Ahad, 15 Julai 2012

Wabak!


Aku masuk keja pukui 9pg-7mlm, 6 hari seminggu...disebabkan itu aku sgtlah menghargai cuti aku & kalu cuti pn aku jarang nk kemana-mana sbb waktu~waktu dirumah tersgtlah best...setiap kali cuti msti  pesan kat ank esok kita bngun lewat, siap pesan kat mak aku bt sarapan siap~siap, aku bangun nk makan jaaaa...hoiiii, best betoiiiii.....tp ank aku ney mmg suka potong stim, dia celek mata ja nk bunyikkk.. bunyikkk plak tak jauh dr telinga aku, merap kemain dia! Sudahnya....? aku bngun awai gak...siap kena bt breakfirst...

Masa untuk ank aku sgtlah sikit...aku jumpa dia mlm ja, tu pn kalu nasib aku baik pengasuh dia bg dia tidoq siang, kalu dak pkui 9 dia dh tidoq...esok pg pn xsmpat aku nk main dgn dia sbb aku siap~siap nk p kerja plak...kadang~kadang setiap perubahan dia aku tak perasan sgt kalu pengasuh dia tak bgtau awai~awai... aku bukan lepas tangan ekkk...aku bekerja, 10jam sehari...aku penat...tolong paham

Mcm malam kemarin, dia nanges kemain lama, suma tak kena...pukui 12mlm pn xboley tidoq lagik, aku plak sakit kepala ya amat...mkn panadol pn xboley pergi...aku layankan ja apa dia nak tp still lagi nanges~nanges, baling~baling barang...ok..dia sgt drama, aku tak tahan nk layan...tangan aku laju ja naik ke dia...mak aku plak pujuk smpai dia tidoq....see, mak aku mmg terorrr *senyum kucengs

Rupanya ank aku sakit mulut, seharian dia tak makan, nk susu pn xboleh sbb lidah dia jd ulser...punyalah aku ney mnyesai baq ang sbb pukul ank aku time dia tengah sakit...betuah btoi pengasuh ank aku tak bgtau awai~awai. Aku mai keja pn jd tak tenang dek perasaan bersalah, siap meroyan kt fb mintak simpati kengkawan..dh bt baru nk myesai..puiiii

Xceli, ank sedara aku yg sebaya ank aku pn jd mcm ney gak, kak ipaq aku bgtau doktor kata la ney mmg wabak ney dok serang kanak~kanak, aku cuak gak...sbb ulser ni serang siap berpakej lg..memula badan jd panas, pas tu lidah jd pecah & yg aku perasan badan ank aku naik bintik~bintik merah, mcm campak iye jgak tp bkn campak la kot..harap~harap. Kak ipaq aku bgtau lg, bila ulser ni lega bintik~bintik merah tu pn hilang.


Tu..tuu lidah dia...Nampak tak???


Semalam, ank aku dh boleh mkn, aku buatkan bubur nasik yg sgt berair...alhamdulillah, habis semangkuk... susu pn habis sebotol penuh...tambah ngan susu aku lg...: ) ubat apa aku letak? ayah aku yg ubatkan.


Ni info yg bagus ya amat, aku copy dr laman 1Klik 


CEGAH PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

  • Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun
  • Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak
  • Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit
  • Kebanyakkan kes penyakit ini tidak serius, namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung
  • Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan
Tanda dan Gejala Penyakit
  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  • Ulser di tekak dan mulut
  • Demam    
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
Langkah-langkah Pencegahan
  • Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan mencuci najis anak
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu
  • Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil
  • Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak
  • Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas
Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:
  • Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran
  • Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
  • Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu
Sumber Maklumat : Kementerian Kesihatan

4 ulasan:

ris-famili.blogspot.com berkata...

Semoga cepat sembuh.
Blog ini merupakan blog peribadi yang menarik.
Teruskan usaha.

Nur Abu Bakar berkata...

Tq...

Fasihah Ismail berkata...

cian kerinnnn :D

Nur Abu Bakar berkata...

kesian kan, tp la ney dh lega...: )

nurabubakar.blogspot.com